Petang tadi selepas buat refleksologi @ManjaKaki, tetiba teringin plak nak jenguk Jakel Shah Alam. Berdasarkan blog yang aku pernah layari, jakel sepatutnya dah buka cawangan di Shah Alam bulan lepas.
Jadi dari Subang Jaya, aku terus ke Shah Alam melalui jalan Glenmarie, jalan tanpa tol. Oleh kerana aku dah tau lokasi jakel, aku pun terus menuju ke Seksyen 7, iaitu di pintu masuk belakang UiTM. Bila tiba berhampiran UiTM, dah boleh nampak bunting besar Jakel.

Ramainye manusia di Jakel, orang ramai parking keta tepi-tepi jalan je. Aku pun parking je kereta tepi jalan depan jakel tu. Rupanye pembukaan Jakel hari ni 24 April 2010! Patutlah ramai benar manusia sampai nak masuk kat entrance pun payah.. Aku hanye sempat ushar tingkat 1 je sebab gound floor penuh ngan manusia, asik berlaga badan je.
Ketika di tingkat 1, suasana agak malap sebab kekurangan cahaya lampu. Susah nak pilih kain jika cahaya kurang. Ini disebabkan bangunan wisma jakel tersebut belum 100% siap renovation. Lebih kurang 20 minit kemudian, barulah semua lampu bernyala dan suasana jadi terang. Dalam masa sejam, aku sempat beli 3 pasang kain. Lepas shopping kain, aku ke stadium malawati untuk menjenguk karnival adat rakyat selangor.

No comments:
Post a Comment