Thursday, April 8, 2010

Aku & Lagu

Masa form 1 hingga form 2, aku didedahkan dengan lagu-lagu Inggeris. Antara lagu yang top time tu ialah A shoulder to cry on, Right Here Waiting, Eternal Flames, Straight Up dan lagu-lagu Debbie Gibson. Hanya beberapa lagu melayu je yang aku tau termasuk lagu Masih Aku Terasa, tu pun pertama kali aku dengar semasa Campfire anjuran St. John's Institution Boys Scout. Dan itu juga pertama kali aku mengenali kumpulan Gersang... /*Acis was so cute that time*/

Kemudian masa form 3 aku beralih ke lagu-lagu melayu gara-gara final Muzik Muzik yang ada kumpulan Wings pakai kot serba putih masa lagu Taman Rashidah Utama.. /*fuhh.. tergoda...smart siot..*/

Lepas dapat result SPM, aku dipaksa oleh Abah untuk masuk Form 6. Sebagai persiapan katanya incase aku tak dapat offer mana-mana untuk further study /*maklumlah result spm cam hampeh je*/  Aku dah sorok surat tawaran tu tapi entah macam mana Abah boleh jumpa. Aku memang tak mau pegi sekolah tu. Tapi nak buat macam mana, sekolah aku tiada aliran sains, maka dengan berat hati aku melangkah ke BBBS. Hanya hari kedua baru aku pegi register. Nak pengsan rasanya bila pertama kali aku tengok bangunan sekolah tu macam senget je.. dan banyak kerusi meja patah-patah. Bagiku waktu itu macam culture shock lar sebab form 1-5 aku sekolah perempuan.Lama-lama aku boleh sesuaikan diri di sekolah itu. /*muahahahaha*/

Semasa Form 6 tu, aku beralih selera ke lagu-lagu Inggeris semula. Lagu yang paling aku ingat adalah Dying Inside To Hold You by Timmy Thomas. Lagu ni lah aku selalu dengar setiap kali aku tumpang kereta rakan sekelas samada nak pegi atau balik sekolah. Masa Form 6 jugalah aku belajar dikir barat moden untuk persembahan Hari Guru. /*kenangan terindah*/

Selepas beberapa bulan belajar di BBBS, aku sambung belajar di ITM Shah Alam dan mula kenal lagu-lagu jiwang karat daripada kumpulan rock seperti Slam dan Ukays. Dah hari-hari disogok lagu-lagu cam tu je, mana tak terpengaruh ye dak... Kira  time tu, lagu-lagu begini memang kuasai carta lagu di radio-radio. Siap buat sketsa lagi untuk lagu Di sana menanti di sini menunggu..  /*camni kot tajuknya*/

Ketika tahun pertama di UM, aku minat sangat lagu Rindu Padanya nyanyian Camelia, hinggakan aku pernah hantar surat tertulis lirik lagu ni kepada seorang abang senior. /*Eeeiiii gatalnyee... ;)*/ Abang tu ingatkan sajak daripada secret admirer. At last kantoi jugak sewaktu makan di gerai kolej, tetiba radio putarkan lagu tu... :D

Kini, lagu yang menjadi kegemaranku adalah Tuhan Beri Aku Cinta by Ayushita dan PadaMu ku Bersujud by Afgan.. Apa pula lagu yang meninggalkan kesan kepada anda?



No comments: