Tuesday, April 6, 2010

Hero

Pernah dengar lagu Hero nyanyian Mariah Carey? aku taklah minat MC ni tapi aku mula menyukai lagu Hero setelah aku terbaca ulasan lirik yang dibuat oleh wartawan Jamliah Abdullah dalam suratkhabar Utusan setelah beliau menonton konsert MC pada tahun 2004 dulu.

Istimewanya lagu ini terletak pada bait bait yang membawa inspirasi dalam diri. Hero bukan tentang mencari seseorang untuk menjadi wira di saat cabaran merentangi kehidupan.

Hero mengajak kita percaya bahawa dalam diri setiap daripada kita sudah tertulis keperwiraan yang kukuh. Kita hanya perlu mencari dan menyerlahkannya.

There's a hero
If you look inside your heart
You don't have to be afraid
Of what you are
There's an asnwer
If you reach into your soul
And the sorrow that you know
Will melt away

Waktu-waktu yang gelisah selalunya menjadikan kita kalut dan mungkin juga hilang keyakinan pada diri sendiri. Sering juga kita hilang rasional dan tidak kurang juga hilang pertimbangan.

Memetik kata-kata penyair Kahlil Gibran, "Tuhan menempatkan di setiap jiwa penunjuk kepada cahaya yang terang. Tetapi manusia berkeras untuk mencari kehidupan di luar dirinya tidak sedar apa yang dia cari ada dalam dirinya sendiri."

Kekuatan itu adalah hero kita untuk melawan segala ketakutan dan kegelisahan yang melanda hati di kala menempuh cabaran...

And then a hero comes along
With the strength to carry on
And you cast your fears aside
And you know you can survive
So when you feel like hope is gone
Look inside you and be strong
And you'll finally see the truth
That a hero lies in you

Orang selalu menitip bahawa saat kegundahan, kekeliruan dan keresahan tatkala hati terbeban dengan pelbagai persoalan kehidupan, kita harus miliki seseorang. Perjalanan hidup nyata panjang pada saat-saat itu dan kebanyakannya akan terus mendapatkan kekasih, buah hati atau sesiapa saja yang tersayang untuk disandarkan harapan.

Kalaupun si dia tidak mampu menguraikan kekeliruan itu atau mencairkan kegundahan cukup sekadar jika dia mampu mendengar. Tetapi tak mengapa jika anda tidak memiliki sesiapa kala itu. Selagi kita mampu berfikir secara waras dan bertindak rasional dengan penunjuk jiwa, apa saja masalah mampu diuraikan.

Kesunyian dan keseorangan, saat-saat begitulah keyakinan mudah tergugat. Tetapi jika kita mampu mencari cinta dalam diri sendiri, ia sebenarnya mampu mencairkan kesunyian atau kedukaan.

It's a long road
When you face the world alone
No one reaches out a hand
For you to hold
You can find love
If you search within yourself
And the emptiness you felt
Will disappear

Mimpi! Atau cita-cita bukan mudah menggapainya. Dalam perjalanan ke situ, kita sering diuji dengan pelbagai rintangan. Hanya mereka yang kuat mampu terus bergerak.

Dreams are hard to follow
But don't let anyone
Tear them away
Hold on
There will be tomorrow
In time
You'll find the way

Kala kita berhadapan dengan masalah dan mula mencari 'bahu', 'tangan' atau 'kayu' untuk berpaut, kesudahannya kita tetap bergantung kepada petunjuk yang ada dalam jiwa kita. Lantas hero dalam jiwa itu harus sentiasa ada.

Dalam diri sendiri juga sentiasa ada kekuatan yang lebih kukuh dan itu yang dinamakan keyakinan. Apatah lagi pada saat-saat itu satu-satunya kita miliki adalah diri kita sendiri.

No comments: