Selama setahun aku bekerja di pejabat baru, hari inilah hari yang paling stress pernah kurasakan. Sangkaku mesyuarat pagi tadi akan berjalan lancar tapi malangnya tidak. Awal-awal pagi lagi bos melenting ketika aku brief agenda mesyuarat kepadanya sebelum mesyuarat bermula. Cadangan prototaip dari pihak konsultan ditolak hanya disebabkan satu perkara yang tidak dipenuhi. Perkara tersebut tidaklah mencacatkan proses aplikasi sistem atau kurang dari spesifikasi sistem lama. Tapi nak buat macam mana, mungkin pagi tadi bos bad mood. Banyak sangat isu berbangkit sejak kebelakangan ini ataupun bos risau memikirkan mesyuarat naik pangkat yang sedang berlangsung.
Semasa mesyuarat, aku dah beri signal kepada pihak konsultan keadaan mood bos. Tapi dah sarang tebuan dicucuk, mana taknya disengat. Baran jangan ditunjukkan semasa mesyuarat lebih-lebih lagi jika ada sebagai pihak konsultan yang dibayar dengan wang kerajaan. Disebabkan perkara tersebut jugalah aku terlepas cakap kepada rakan setugasku kerana dia setuju dengan pendapat bos mengatakan perkara tersebut boleh dibuat. Ya, aku akui ia boleh dibuat secara logik, tetapi itulah kekangan yang terpaksa diterima terhadap perisian tersebut. Kini terpulanglah kepada syarikat pengeluar produk tersebut untuk mengakui kekangan perisiannya.
Aku perlu minta maaf kepada rakan setugasku itu atas keterlanjuran kata. Kalau tak, aku tak senang hati dibuatnya. Tak salah dia pun sebab dulu aku pun pernah setuju dengan pendapat bos sebelum aku mengetahui kekangan tersebut. Memang pagi tadi mesyuarat dalam suasana yang paling tak selesa. Apa nak buat, benda dah berlaku. Pengajaran kepadaku agar semak cadangan prototaip dengan teliti pada masa akan datang agar perkara ini takkan berlaku lagi. Perasaan untuk minta transfer makin membuak-buak..
No comments:
Post a Comment