1993
Inilah telefon yang aku guna untuk bergayut ketika zaman di ITM Shah Alam dulu. Kelakarnya, kami siap ada nombor public phone ni, tapi lupa pula dari mana kami dapat. Masa zaman tu, i had a crush on a guy. Aku akan minta mamat tu call dan aku akan tunggu di situ dengan gagang telefon di telinga sambil tanganku menekan tempat letak gagang. Terpaksa buat begini kerana ringing di silent kan. Bila ada call masuk, barulah aku akan dengar ringing. Waktu malamlah pelajar-pelajar akan beratur panjang. Tapi turn aku waktu siang. Sekarang susah nak jumpa public phone yang masih dalam keadaan baik.

1997
Aku mula guna handphone ketika belajar di UM. Lupa pula jenama apa handphone pertama ku ini. Rasanya bukan ericsson tapi bentuknya seperti gambar di sebelah dan aku masa tu guna line TMTouch. Zaman tu penggunaan handphone belum meluas dan aku antara beberapa orang yang menggunakannya di universiti. Aku jarang bawa ke kelas kerana aku rasa segan bila kawan-kawan perli. Aku suka letak handphone ni dalam poket seluar jeans. Jadi bila ada call, bukan main susah aku nak keluarkannya dari poket.

Pada mulanya aku tak pasti jenama handphone yang aku penah guna sekitar tahun 2000. Seingat aku samada alcatel atau sagem. Puas ku google masih belum ku temui. Kemudian aku temui website yang paparkan semua jenis handphone sejak awal keluaran. Akhirnya aku terpandangkan handphone jenama siemens ni. Alamak nostalgia beb. Hahahahaha lawak lawak...

2003
Antara banyak-banyak handphone, aku paling suka model butterfly ni. Kecil dan ringan serta tahan lasak. Masa guna handphone ni lah aku gila bertukar-tukar cover. Bermacam-macam rupa dan warna plastic cover ditukarnya. Dengan butterfly inilah juga aku mula menjadi music composer ekekeke. Sebab boleh compose sendiri ringtone. Ia juga adalah handphone yang paling lasak ku gunakan kerana sudah 2 kali ia terjatuh ke dalam toilet bowl sebelum berakhirnya riwayat butterfly ku ini.

2007
Aku rasa seperti ketinggalan dalam dunia handphone. Semua orang sibuk guna handphone yang ada lagu-lagu manakala ringtone aku masih polifonik je. Aku pun bertukar ke Nokia N81 selepas butterfly rosak dan Pengarah di pejabat lama asyik komplen aku susah dihubungi. Tapi selepas setahun, ia menamatkan hayatnya di dalam handbag ku kerana kelemasan air mineral.

Aku beli Nokia Xpressmusic ni tanpa dirancang kerana N81 telah rosak dan kebetulan masa tu aku amat memerlukan handphone. Aku pun pergi ke Giant Mall dan salesman tu promote xpressmusic kepadaku. Tanpa berfikir panjang aku pun membeli. Orang lain sibuk beli iPhone, aku beli xpressmusic je. Belum setahun aku gunakannya, aku dapati ia selalu hang. Susah benar nak tekan untuk jawab call. Sebelum ia rosak teruk, lebih baik aku trade-in je.
2010
Pada awalnya aku tertarik untuk mendapatkan Nokia E71 kerana leather cover yang berwarna putih. Tetapi selepas survey beberapa kedai, aku dapati harga ori E71 dengan harga AP E72 adalah lebih kurang je. Akhirnya aku beli E72, gold in color. Damn, I really love it.

1 comment:
fuh kaya sungguh orang ni, boleh buka muzium barang 2nd hahaha! tahniah la!
Post a Comment