Kopitiam atau kedai kopi dalam dialek hokkien, kini semakin banyak beroperasi bagai cendawan tumbuh dan kebanyakan pemiliknya adalah tauke cina. Pelbagai bangsa dan agama menjamu selera di kopitiam termasuklah aku. Tetapi pernahkah kita selidik kopitiam tersebut ada sijil halal atau tidak?
Sungguh aku terperanjat apabila membaca Utusan Online pada pagi ini yang melaporkan hanya dua kopitiam sahaja yang mempunyai sijil halal Jakim iaitu Pak Hailam Kopitiam dan Jonker Walk Kopitiam. Astaghfirullahala’zim. Lalai sungguh aku ini.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, umat Islam jangan terkeliru dengan logo halal yang dipamerkan di premis-premis kerana pengeluarannya kini telah diselaraskan iaitu Jakim akan mengeluarkan logo halal manakala permohonan, audit dan sebagainya akan dilakukan Jabatan Agama negeri-negeri.

Ciri-ciri logo halal Jakim:
1. Berbucu lapan di tengah-tengah bulatan.
2. Ada perkataan Arab 'halal' di tengah bintang dan diikuti tulisan rumi 'halal'. Bulatan logo tertulis perkataan 'MALAYSIA dalam tulisan rumi dan Arab.
3. Dua bintang kecil berbucu lima diletakkan bagi memisahkan tulisan rumi dan perkataan Arab.
4. Terdapat 6 warna logo iaitu hitam, biru, hijau, kelabu, merah dan oren.

Selain kopitiam, kita umat Islam juga perlu berwaspada apabila hendak memilih hotel atau resort untuk menginap atau menjamu selera. Tidak semua dapur hotel mempunyai sijil halal. Di Malaysia hanya 24 hotel dan 3 resort sahaja yang ada sijil halal manakala 14 hotel sahaja di Selangor yang mendapat pengiktirafan sijil halal.
Tahukah kita bahawa memakan makanan yang tidak halal akan memberi kesan kepada tindakan dan pembentukan sahsiah diri serta pembentukan kesempurnaan iman kita. Jika sesuap makanan itu tidak halal, kita akan menjurus kepada hawa nafsu dan mengikut telunjuk syaitan. Salah satu punca makan makanan tidak halal adalah apabila kita seringkali lalai solat.
Alhamdulillah, aku sudah bertemu jawapan dalam membuat pemilihan hotel bagi mesyuarat yang akan kami anjurkan di sebuah hotel. Selama dua minggu kami kebuntuan dalam membuat keputusan, tetapi kini sudah jelas dan nyata hotel mana yang paling sesuai. Syukran Ya Allah!

No comments:
Post a Comment