Aku sedang dalam pencarian handphone baru bagi menggantikan nokia xpressmusic. Entah mengapa sejak semalam aku terbayang-bayangkan E71. Hasil google yang ku perolehi, harga E71 kini RM800. Dan masih belum kutemui harga secondhand xpressmusic untuk ku jual. Sekurang-kurangnya bolehlah aku bajet berapa perlu ku top up untuk beli E71 nanti.
Tiba-tiba aku tertarik dengan hasil carian ku di internet iaitu 2 blog yang membandingkan xpressmusic dengan iPhone. Sungguh ku tak sangka blog tersebut memberikan review yang lebih baik terhadap xpressmusic berbanding iPhone. Kembang sekejap hidungku yang sememangnya kembang ini. Tetapi tidaklah terperanjat beruk makyei dengan pujian 2 blog tersebut kerana Mr Lim juga pernah memberitahuku xpressmusic is much better than iPhone ketika aku baru membeli xpressmusic dulu.
Sejarah pembelian xpressmusic sebenarnya bermula apabila N81 8G yang baru ku guna setahun telah lemas di dalam beg Guess ku gara-gara botol air mineral tidak ditutup rapat. Untuk makluman, Guess ku itu umpama beg doraemon yang macam-macam ada. Hendak pen, ada. Hendak liquid paper pun ada. Malah thumbdrive, external harddisk dan kabel internet pun ada selain wallet dan handphone.
Berbalik kepada N81 yang nazak itu, telah ku hantar ke klinik di Giant Mall dan dijanji siap 3 hari. Tetapi selepas 3 hari, Tauke itu beritahu ia tidak dapat diselamatkan.
Sungguh kiciwa sampai makan pun tak kenyang-kenyang kerana aku sangat memerlukan semua contact numbers yang ada dalam N81itu. Kemudian ku ngadu kepada jiranku yang aku gelar 'pakcik' dengan niat dia dapat membantu. Seperti biasa pakcik sebagai problem solver cuba membantu dan handphone tersebut diberikan kepada adik iparnya untuk dibaiki tetapi sekali lagi berita sedih ku terima.
Pakcik pun menasihati agar aku membeli iPhone malah berulang kali buat promosi lagak seperti promoter Maxis tak bertauliah. Entah-entah dia dah beli iPhone kot, detik hatiku. Tukar handphone lagi mamat ni. Sangkaan ku tepat kali ini. Handphone pakcik telah bertukar dari E71 ke iPhone. Aku mula geram bila pakcik kata E71 nya telah diberikan kepada stafnya. Daripada bagi free, elok jual murah-murah kepada aku. Hampeh!
Aku pun terus ke Giant Mall, satu-satunya tempat yang dekat dari rumah. Salesman kat kaunter pun promosi xpressmusic dan buat demo. Adikku pula yang terlebih excited. Tanpa berfikir panjang, aku pun beli dan bertambahlah hutangku dengan bank CT selama 6 bulan.
Kini selepas hampir setahun ku guna xpressmusic, tetiba rasa lecehlah pula untuk menaip. Aku ini jenis yang lebih suka ber sms daripada buat panggilan kerana aku malas bercakap. Jadi, sesiapa yang tahu di mana untuk beli E71 dengan harga patut, janganlah segan-segan untuk beritahu. Pada masa yang sama aku masih terus mencari model nokia lain yang ramah pengguna dan semestinya ada blutut, wifi, dan GPS.
No comments:
Post a Comment