Pada malam tahun baru 2012, mama dimasukkan ke wad di UMMC kerana disyaki kegagalan buah pinggang. Keesokan harinya, mama had her first dialysis treatment and alhamdulillah she was discharged few days later.
Pada malam selepas pulang dari UMMC, mama tidak dapat tidur. Badan mama menggigil kesejukan di tenggah-tengah malam. Keadaan mama semakin teruk dari sehari ke sehari. Sampai ke satu tahap, aku terpaksa membantu mama mengambil wuduk; dari membasuh muka hingga ke kaki. Ketika aku membasuh kakinya, mama mulai sebak dan menangis. Katanya "ada sebab jeen kahwin lambat agaknya. kalau jeen dah kahwin, macam manalah mama nak solat. nak amik wuduk pun tak larat. nasib baik ada jeen, boleh tolong mama amik wuduk". Sayu sungguh dengar kata-kata mama.
Kami sekeluarga puas pujuk mama untuk ke hospital. "Mama takmo meninggal sorang-sorang kat hospital" kata mama. Pada satu malam, aku duduk sebelah mama ketika abah menunaikan solat isyak. Dengan suara tersekat-sekat Mama berpesan, "pandai-pandailah kau jaga diri bila mama takde nanti." disusuli tangisan mama.
Pada hari khamis 26 Januari 2012, akhirnya mama setuju untuk dibawa ke hospital. Mama menerima rawatan dialisis sekali lagi. Pada pagi Jumaat 27 Januari 2012, ketika aku sedang membaca yasin bersama rakan-rakan pejabat di surau, aku terima panggilan telefon daripada abah. Kata abah, doktor nasihatkan agar memanggil keluarga untuk berkumpul kerana keadaan mama yang sedang tenat. Setiba di UMMC, aku sungguh terkejut bila mendapat tahu mama dalam keadaan koma. Teringat Arwah granny dulu meninggal selepas 2 minggu koma.
Sedih sungguh bila lihat mama diberi bantuan pernafasan melalui mesin ventilator. Selesai membacakan yasin, aku menggosok-gosok tangan mama sambil mataku kusyuk merenung monitor mesin ventilator. Tetiba monitor menunjukkan satu garisan lurus yang panjang. Ya Allah.. Hanya Allah yang tahu perasaan aku ketika itu. Kami pun diarah beredar dari katil mama. Keadaan seolah-olah kelam kabut. Kami dimaklumkan yang doktor akan melakukan CPR sekali lagi atas permintaan abah. Namun, CPR kali kedua ini tidak membantu kerana jantung mama telah luka dan terlalu lemah. Doktor hanya mampu memandang kami pada waktu itu tanpa kata-kata.
Selepas abah dan kami adik-beradik meluangkan sedikit masa untuk bersama mama buat kali terakhir, lebih kurang jam 11 pagi, doktor menghentikan mesin ventilator dan mama pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya...
"dan apabila tertutupnya mata seorang ibu kamu, maka hilanglah satu keberkatan di sisi Allah iaitu doa seorang ibu."
No comments:
Post a Comment